Pages - Menu

Translate

Yang Mengikuti

Cari Blog Ini


Jumaat, 8 Jun 2012

Neraka Tidak Sentiasa Panas

"Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka.    
Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk    
selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia    
adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.

Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang    
paling buruk.Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di    
alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi    
tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga    
selapas diseksa dineraka. 
Bentuk neraka dan isinya. 

Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun    
api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka 
yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh    
Allah seperti Fir'aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka    
yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam. 
" Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah    
manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir". 

Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa.    
Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan    
jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar    
orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat    
panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At    
Tahrim ayat 6 yang bermaksud:     
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada    
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan    
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu    
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan    
kepadanya".    
     
Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya    
berbanding denagn api didunia ini. Sekiranya api neraka jatuh ke atas    
dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.    
Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 
" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun    
bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna    
hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi) 

Salman Al Farisi berkata: " Apabila neraka itu bewarna hitam, maka    
hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap    
warna api neraka itu sama sahaja panasnya". 

    Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw    
bersabda yang bermaksud: 
" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya    
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata    
sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang    
kepanasannya". 

    Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim    
dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di 
dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia. 

Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu kepada    
Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud " Hai, Tuhanku. Aku telah memakan    
satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu    
pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,    
maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia    
dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir' ". 

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan    
hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:    
" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya    
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan    
tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu    
mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya". 

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh    
pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu    
mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam 
Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,    
Jahim dan Hawiyah. 
NERAKA TIDAK SENTIASA PANAS

CUKUPLAH WAHAI HATI...


"Iman mencuitnya, dia membatu. Iman menepuk-nepuknya, tetap dia membeku. Iman mengetuknya, bersuara keras, “Cukuplah!”. Dia tersentak. Spontan terdongak, menatap iman. Iman merenungnya, sambil berkata, seolah memujuk, “Wahai hati… cukuplah…”. Dia tertunduk. Terpasak tegak. Merenung jauh ke dalam bumi... Bagai terdengar, dirinya bermonolog. Setitis demi setitis kebekuannya mencair.

“Sesungguhnya mereka itu musuhku, melainkan TUHAN semesta alam. Iaitu TUHAN yang telah menciptakan aku, maka DIAlah yang memberi petunjuk kepadaku. Dan yang memberiku makan dan minum. Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku. Dan yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku kembali. Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Qiamat.” (Asy-Syu’ara’:77-82)

Dia tersedu. “Cukuplah wahai hati, cukuplah bagimu mencintai dunia semata, cukuplah sudah masa untukmu bermain di lapangan dunia. Sampai di sini sahaja wahai hati, sekarang mari kembali kepada TUHANmu”, ujar iman, menyapu air mata hati. Dan, jiwa mulai mengukir sebaris senyuman terindah buat hati. Garisan senyum hati dan jiwa berpadu, memandang iman penuh pengharapan, agar terus setia bersama. Ya ALLAH, AlhamduliLLAH.

Dengkur Penanda Masalah


 "ADA yang menganggap tidur berdengkur sebagai sesuatu yang lumrah, terutama di kalangan lelaki. Walaupun ia dipandang ringan, tetapi dengkuran yang kuat dan kerap mungkin menjadi petanda masalah kesihatan lain.


Dianggarkan satu pertiga orang dewasa berdengkur. Dengkuran adalah bunyi yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat. Ia menyebabkan tisu tadi bergetar dan menghasilkan bunyi nafas yang kuat dan kasar.

Untuk mengurangkan dengkuran, beberapa perubahan perlu dilakukan seperti menurunkan berat badan atau tidur mengiring. Teknologi moden seperti pembedahan laser juga dapat membantu mengurangkan dengkuran. Namun, kaedah ini tidak sesuai untuk semua orang, terutama mereka yang mengalami masalah apnea, iaitu nafas terhenti ketika tidur.

Semakin nyenyak anda tidur, otot pada langit-langit, lidah dan kerongkong ada dalam keadaan rehat. Pada keadaan tisu ‘terlalu rehat’, getarannya lebih kuat dan menyebabkan halangan aliran keluar masuk udara dalam kerongkong.


Semakin sempit laluan dalam kerongkong anda, tekanan udara menjadi semakin tinggi dan ini secara tidak langsung meningkatkan kadar getaran tisu yang membuatkan dengkuran bertambah kuat.

Lelangit tebal dan rendah, tonsil yang besar atau tisu pada belakang kerongkong (adenoids) juga boleh menyempitkan laluan udara. Keadaan sama berlaku jika tisu berbentuk segitiga yang tergantung dari langit-langit (dipanggil uvula) adalah panjang. Malah, masalah berat badan berlebihan juga menyebabkan saluran udara ini sempit.

Terlalu banyak minum minuman beralkohol sebelum tidur turut menyumbang kepada masalah berdengkur. Alkohol bertindak sebagai sedatif yang merehatkan otot kerongkong. Kesesakan saluran pernafasan yang kronik juga boleh memburukkan keadaan.

Berdengkur juga sering dikaitkan dengan masalah apnea. Dalam keadaan serius, tisu kerongkong yang melendut akan menutup saluran udara dan secara tidak langsung ia memberhentikan pernafasan.

Apnea menyebabkan dengkuran kuat berselang setiap 10 saat atau lebih. Kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida akan membuatkan seseorang itu terjaga daripada tidur, memaksa laluan udara ini terbuka dan menghasilkan bunyi lebih kuat.

Biasanya orang tidak sedar mereka berdengkur. Ia hanya diketahui pasangan mereka dan boleh menjadi penanda masalah kesihatan lain seperti adanya sekatan dalam salur pernafasan dan obesiti.

Jika anak anda berdengkur, segera dapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin berpunca daripada masalah pada hidung, kerongkong dan kegemukan.

Rawatan awal memberi banyak faedah kepada si kecil kerana ketika ini mereka memang memerlukan tidur secukupnya untuk tumbesaran sempurna.

Jenis rawatan bergantung kepada tahap dengkuran seseorang. Ia dikelaskan mengikut pandangan pasangan seperti:

Dengkuran hanya didengar jika ada di sebelah.

Dengkuran boleh didengar di seluruh bilik.

Dengkuran boleh didengar dari luar bilik (pintu terbuka).

Dengkuran boleh didengar dari luar bilik walaupun pintu ditutup.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan pesakit. Kemudian mereka akan dirujuk kepada doktor telinga, hidung dan tekak (otolaringologi, ENT) atau pakar menangani masalah tidur untuk pemeriksaan lanjut.

Tabiat berdengkur mungkin dianggap gangguan kecil saja tetapi jika tidak dirawat, seseorang itu dipercayai berdepan risiko mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Pada kanak-kanak, ia boleh meningkatkan risiko Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur. Jika ia masih tidak berjaya, doktor mungkin mencadangkan beberapa kaedah, iaitu pembedahan pada kerongkong secara tradisional atau laser untuk meluaskan laluan udara dan mengurangkan getaran tisu.

Bagaimanapun, pembedahan laser tidak sesuai untuk individu yang mengalami masalah apnea.Alat bantuan pergigian juga boleh digunakan bagi ‘membetulkan’ kedudukan lidah dan langit-langit supaya laluan udara anda terbuka.

Sebelum menjalani rawatan, ada beberapa cara boleh dicuba untuk mengurangkan masalah berdengkur seperti:

  1. Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam golongan obes. Dalam kebanyakan kes, kegemukan adalah punca paling lazim menyebabkan orang berdengkur.
  2. Tidur secara mengiring. Tidur telentang menyebabkan lidah tergelincir sedikit ke belakang, menyempitkan dan menghalang laluan udara.
  3. Dapatkan rawatan jika anda mengalami masalah pernafasan, sama ada disebabkan alahan atau gangguan dalam hidung. Bernafas melalui mulut akan memburukkan masalah berdengkur.
  4. Elak minum minuman beralkohol sebelum tidur.
  5. Jangan ambil ubat tidur (sedatif) kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong. Ia juga boleh meningkatkan masalah apnea.

MENCARI 1001 KEBERKATAN

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Umur yang panjang
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ilmu yang banyak tidak membawa
erti tanpa ada keberkatan. Ibadah yang memenatkan tidak membawa erti
tanpa ada keberkatan. Kediaman yang besar tidak membawa erti tanpa ada
keberkatan. Manusia yang memiliki apa yang dia mahu tidak membawa erti
tanpa ada keberkatan.

Apa itu berkat?

Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu Barakah. Dan pekerjaan
'mengambil berkat' pula dikenali sebagai Tabarruk. Tetapi ianya bukan
berkat sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Jawa iaitu nasi kenduri
yang dibawa pulang sebagai bekalan.

Berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar-Raghib
al-Asfahani mendefinasikannya sebagai "al-Barakah: Thubutul Khairi
al-Ilahi Fis Syai'". Ertinya: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan
yang dilimpahkan oleh Allah di dalam sesuatu.

Jenis Berkat:

1. Berkat dalam pelajaran:
i.    Sedikit yang dipelajari tetapi membuahkan lagi ilmu-ilmu yang
lain.
ii.    Ilmu membuahkan amal.
iii.    Ilmu merangsangkan lagi untuk kuat beribadat.
iv.    Ilmu dikembangkan pula untuk orang lain.

2. Berkat dalam amalan/ibadat:
i.    Terasa manis dalam ibadat.
ii.    Berterusan dalam ibadat.

Berkat pada tempat:
i.    Masjidil Haram, Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa.
ii.    Padang Arafah.
iii.    Multazam, Safa dan Marwa, Maqam Ibrahim, Telaga Zam-Zam dll.

4. Berkat pada masa:
i.    1/3 malam terakhir.
ii.    Antara azan dan iqomah.
iii.    Antara azan Jumaat dengan selesainya khutbah.
iv.    Bulan Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir.
v.    Saat melakukan ibadah haji seperti saat wuquf dan sebagainya.

5. Berkat pada rezeki/makanan:
i.    Sumbernya halal.
ii.    Sedikit tapi cukup.
iii.    Dengannya kita mampu biayai keluarga.
iv.    Rezeki menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah.
v.    Menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.


6. Berkat pada usia:
i.    Usia dimanfaatkan untuk menegakkan syiar Islam.
ii.    Usia pendek tetapi mendatangkan jasa besar.
iii.    Usia itu memenuhi matlamat mengapa kita berada di dunia ini.

7. Berkat pada sesebuah majlis:
i.    Dalam majlis tersebut tiada unsur-unsur yang haram.
ii.    Tenang berada di dalamnya.
iii.    Kebaikannya berpanjangan.
iv.    Tidak membebani mana-mana pihak.

8. Berkat pada manusia:
i.    Menjaga kehormatan diri.
ii.    Sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan.
iii.    Orang lain menyukainya.

9. Berkat pada perniagaan:
i.    Modalnya daripada sumber yang halal.
ii.    Tidak melalaikannya daripada menunaikan ibadat solat, puasa
dan sebagainya.
iii.    Memperolehi keuntungan dengan cara yang baik dan tidak menipu.
iv.    Mengeluarkan zakat perniagaan.
v.    Perniagaan tersebut boleh membantu masyarakat.

10. Berkat pada kehidupan:
i.    Syukur atas nikmat yang diterima.
ii.    Belanja harta pada jalan Allah.
iii.    Berusaha dapat rezeki yang halal.

Ikhlas dalam amalan.

ANALOGI HALUSNYA ATURAN ALLAH SWT


"Seorang anak kecil bermain di atas hamparan permaidani.Ibunya sedang menyulam di atas kerusi.“Ibu buat apa itu?” Soal si anak kecil yang hairan kerana melihat si ibu tekun melakukan sesuatu yang tidak difahaminya kerana dari sudut pandangannya apa yang terpamer hanyalah simpulan benang-benang pelbagai warna yang tidak menggambarkan apa-apa.

“Ibu sedang menyulam sebuah gambar pada kain, nak” jawab si ibu.“Gambar?Tapi yang saya nampak hanyalah benang-benang yang kusut” komen si anak kecil.Ibu menghadiahkan senyuman lalu berkata “Tunggu.Nanti bila tiba masanya, ia boleh dihayati dengan penuh erti”Setelah beberapa hari si ibu tekun menyulam,akhirnya sulamannya siap.

“Anakku, mari ibu tunjukkan sesuatu”Anak kecil dengan penuh minat menghampiri ibunya.
Dengan penuh mesra si ibu menunjukkan hasil sulamannya kepada anak tersayang.“Wah! Cantiknya.Pandainya ibu buat.Cantiklah.Sangat cantik.Tapi..” anak terhenti setelah memuji dengan penuh ikhlas.“Kenapa?”Anak kecil hanya terdiam.

“Anakku..ibu ingin menceritakan sesuatu.Semoga ia menjadi pegangan buat dirimu dalam menjalani kehidupan ini. Anakku, kita ini manusia lemah.Kita tiada kuasa. Allah SWT yang Maha Esa yang berkuasa. 

Kehidupan kita bagaikan corak sulaman ini.Allah SWT yang menciptakan kita lah yang mencorakkan kehidupan kita umpama sulaman. Pada saat Allah SWT menyusun atur segala unsur di muka bumi ini ketika mencorakkan perjalanan hidup kita, kita selalu mengeluh dan mempertikaikan apa yang sedang diaturkan oleh Allah kerana apa yang kita nampak cuma masalah, kekusutan,ketidakcantikan, tidak menepati citarasa kita.Masa terus berjalan.Aturan Allah itu sangat halus, nak. 

Apabila tiba masa Allah berkehendak menunjukkan kepada kita apa sebenarnya aturan Dia untuk kita, maka saat itu kita akan takjub dengan kebesaran Allah SWT yang menyusun segalanya mewarnai hidup kita.Maka, biar seburuk mana corak di mata kasar mu,percayalah Allah sedang melakar keindahan dan kecantikan yang akan terukir di mata hati mu.Bersabarlah menanti kerana janjiNya setiap yang datang daripada Dia, ialah yang terbaik untuk hambaNya. 

Tidak ada yang sia-sia kerana setiap yang terjadi ada tujuan dan hikmahnya. Cuma barangkali masa belum tiba untuk kita fahami, bersabarlah menanti.Insya Allah kita akan nampak betapa cantiknya susunan Allah swt untuk hidup kita.”Anak kecil lantas tersenyum dan memeluk ibu dengan penuh kasih sayang.

CARA PEMAKANAN SEHARIAN

MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w: 



"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."    




"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".




BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. 


Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan




Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.

Makanan Penyebab Pelupa

Makanan yang menyebabkan Lupa 

  1. Banyak makan epal Hijau yang masam.
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan. 
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering. 
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  7. Makan sehingga terlalu kenyang. 
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah. 
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Wasiat 6 Amalan Bermanfaat

"Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, “Wahai Ibrahim, berilah kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat !”. Maka Ibrahim Al Adham menjawab :

1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat. 


2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizikal maka sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu. 


3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan. 


4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin. 


5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri. 


6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan engkau ke pohon raya di akhirat kelak.

Kenapa Perlunya Makanan Halal ?

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan. Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT. 

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan. Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain. Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. 

Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia. Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan. Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

 Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia. Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.

MAKANAN SEIMBANG DAN TIDAK SEIMBANG
















Catatan Popular