Pages - Menu

Translate

Yang Mengikuti

Cari Blog Ini


Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Bulan Syaaban Bulan Persediaan

Bulan Syaaban adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah bagi umat Islam. Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”. 

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita sebagai umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.” Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah ibadah puasa.

 Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasullullah SAW apabila ditanya apakah bulan selepas Ramadhan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud,“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”. Nabi SAW ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi SAW menjawab, “Sedekah dibulan Ramadhan.”(Riwayat at-Tirmizi) Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu malam nisfu syaaban. 

Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah SWT telah memberikan kelebihan kepada hamba-hambanya dan memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya. Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini maka umat Islam di anjurkan pelbagai ibadah antaranya,

Pertama: Melakukan ibadah puasa sunat dan qiyamullail, Inilah ibadah yang paling diutamakan oleh Rasulullah SAW pada bulan yang mulia ini. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah puasa sunat pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah peluang ini untuk membiasakan diri kita dengan ibadah puasa supaya ianya tidak menjadi keberatan apabila tibanya bulan Ramadhan. Melakukan Solat tahajjud dan solat sunat taubat amatlah ditekankan terutama pada malam Nisfu Syaaban. Inilah masa yang sesuai untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan dan kerahmatan dari Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah) 

Kedua: Memperkukuhkan tali silaturrahim sesama manusia. Hubungan sesama manusia amatlah penting kerana ianya bersangkutan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT. Leraikanlah permusuhan sesama kita dan saling bermaafan kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia selagi mana mereka saling bermaafan. Sucikan diri dari perasaan dendam dan dengki sesama muslim sebelum tibanya Ramadhan supaya amal ibadah pada bulan yang berkat ini dapat dirasai kemanisannya. 

Ketiga: Beristiqamah melaksanakan amal ibadah dan kebajikan. Amal ibadah yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan jiwa kita sentiasa tetap dengan pendirian. Beristiqamah membawa maksud sentiasa melakukan amal ibadah tersebut tiap-tiap hari walaupun hanya sedikit atau sekejap masa yang diambil untuk melaksanakannya.

Keempat: Memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ramai yang tidak menyedari bahkan alpa dengan segala dosa yang dilakukannya saban waktu. Dosa yang dilakukan semakin hari semakin bertambah terutamanya dosa-dosa kecil yang datang dari perbuatan manusia samada melalui percakapan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Semua dosa ini sebenarnya telah menjadi titi-titik hitam di dalam hati yang menyebabkan hati menjadi semakin keras. Lebih membimbangkan, hati akan jauh dari petunjuk Allah SWT. Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun daripada Allah SWT kerana selagi pintu keampunan itu terbuka.

Oleh yang demikian , Marilah kita sama mengambil peluang dalam bulan yang penuh barakah ini untuk membuat persiapan menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak 

Syukur, sabar mohon doa diperkenan

SEMUA mengharapkan setiap hajat yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan dengan segera. Namun, dalam masa menanti doa dimakbulkan, ada kala wujud juga perasaan tertanya-tanya sama ada doa itu akan dipenuhi. Oleh itu timbul soalan, apakah faktor menjamin Allah Taala menjawab doa kita? Formulanya mudah, seseorang yang meletakkan permintaan kepada Allah perlu ikhlas dalam setiap perbuatannya. Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60) 

 Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60) Walaupun kita digalakkan berdoa, tetapi pasti sukar kita memikirkan seseorang yang terus melakukan dosa, pada masa sama tanpa rasa bersalah memohon Allah memenuhi keinginan kebendaan. Lantas, bagaimana orang itu boleh menjangkakan Allah menjawab doanya? Jika kita mempunyai rakan yang tersinggung atas perbuatan kita terhadapnya, apakah kita akan menjangka dia akan menghulurkan bantuan jika kita memerlukan? Syarat pertama supaya Allah SWT menjawab doa kita ialah bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang dilakukan. 

Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua. Syarat kedua, tidak harus terburu-buru bermakna tidak harus mempertikaikan kehendak dan tindakan Allah Taala, akan menjawab semua doa kita atau bila kerana hanya Dia Maha Mengetahui waktu terbaik untuk dimakbulkan doa kita. Oleh itu, sebagai Muslim beriman kepada Allah, kita sepatutnya tidak melayan fikiran yang kerap kali mempertikaikan kenapa Allah tidak menjawab doa atau memakbulkan hajat yang dipohon dalam doa. Allah berfirman bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanyamu mengenai Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186) 

 Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata: Aku sudah berdoa (tetapi) tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW menasihati kita tidak memikirkan doa dimakbulkan atau tidak kerana hal itu akan menyebabkan seseorang berasa kecewa lantas meninggalkan ibadah kepada Allah. Tidak boleh juga kita mempersoalkan orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tetapi diberi pelbagai nikmat. Kita hendaklah yakin Allah SWT sentiasa menjawab doa hamba-Nya yang mukmin. Setiap kali selepas solat kita akan menadah tangan berdoa kepada Allah. 

Adakah kita memohon satu perkara saja? Tidak, sebaliknya banyak benda yang kita mohon seperti disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dimatikan dalam iman serta dikuatkan iman. Apakah semua permohonan kita itu diperkenankan? Allah makbulkan setengah daripadanya dengan segera dan ada yang ditangguhkan dulu. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur dan sabar menunggu serta tidak boleh berputus asa daripada terus berdoa. Seseorang mukmin yang tidak mahu meminta pertolongan kepada Allah, Allah murka kepadanya. Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya.” (Hadis riwayat Tirmizi) 

 P/s : Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan KPLI-Jqaf Ambilan 2011 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Moga kita akan terus mendapat rahmat dan maghfirah dari Allah.

Jumaat, 8 Jun 2012

ANALOGI HALUSNYA ATURAN ALLAH SWT


"Seorang anak kecil bermain di atas hamparan permaidani.Ibunya sedang menyulam di atas kerusi.“Ibu buat apa itu?” Soal si anak kecil yang hairan kerana melihat si ibu tekun melakukan sesuatu yang tidak difahaminya kerana dari sudut pandangannya apa yang terpamer hanyalah simpulan benang-benang pelbagai warna yang tidak menggambarkan apa-apa.

“Ibu sedang menyulam sebuah gambar pada kain, nak” jawab si ibu.“Gambar?Tapi yang saya nampak hanyalah benang-benang yang kusut” komen si anak kecil.Ibu menghadiahkan senyuman lalu berkata “Tunggu.Nanti bila tiba masanya, ia boleh dihayati dengan penuh erti”Setelah beberapa hari si ibu tekun menyulam,akhirnya sulamannya siap.

“Anakku, mari ibu tunjukkan sesuatu”Anak kecil dengan penuh minat menghampiri ibunya.
Dengan penuh mesra si ibu menunjukkan hasil sulamannya kepada anak tersayang.“Wah! Cantiknya.Pandainya ibu buat.Cantiklah.Sangat cantik.Tapi..” anak terhenti setelah memuji dengan penuh ikhlas.“Kenapa?”Anak kecil hanya terdiam.

“Anakku..ibu ingin menceritakan sesuatu.Semoga ia menjadi pegangan buat dirimu dalam menjalani kehidupan ini. Anakku, kita ini manusia lemah.Kita tiada kuasa. Allah SWT yang Maha Esa yang berkuasa. 

Kehidupan kita bagaikan corak sulaman ini.Allah SWT yang menciptakan kita lah yang mencorakkan kehidupan kita umpama sulaman. Pada saat Allah SWT menyusun atur segala unsur di muka bumi ini ketika mencorakkan perjalanan hidup kita, kita selalu mengeluh dan mempertikaikan apa yang sedang diaturkan oleh Allah kerana apa yang kita nampak cuma masalah, kekusutan,ketidakcantikan, tidak menepati citarasa kita.Masa terus berjalan.Aturan Allah itu sangat halus, nak. 

Apabila tiba masa Allah berkehendak menunjukkan kepada kita apa sebenarnya aturan Dia untuk kita, maka saat itu kita akan takjub dengan kebesaran Allah SWT yang menyusun segalanya mewarnai hidup kita.Maka, biar seburuk mana corak di mata kasar mu,percayalah Allah sedang melakar keindahan dan kecantikan yang akan terukir di mata hati mu.Bersabarlah menanti kerana janjiNya setiap yang datang daripada Dia, ialah yang terbaik untuk hambaNya. 

Tidak ada yang sia-sia kerana setiap yang terjadi ada tujuan dan hikmahnya. Cuma barangkali masa belum tiba untuk kita fahami, bersabarlah menanti.Insya Allah kita akan nampak betapa cantiknya susunan Allah swt untuk hidup kita.”Anak kecil lantas tersenyum dan memeluk ibu dengan penuh kasih sayang.

Catatan Popular