Pages - Menu

Translate

Yang Mengikuti

Cari Blog Ini


Jumaat, 15 Jun 2012

INGATAN BUAT YANG LUPA

Sejak sekian lama umat Islam telah diperingatkan oleh Allah SWT menerusi ayat-Nya bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Saiyidina Ali RA pernah berkata " Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku". Justeru, di dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT, manusia ini juga dapat digolongkan kepada dua golongan. Golongan pertama mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah SWT, golongan kedua mereka yang ingkar dangan ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 24:



 

Maksudnya
: " Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; Adakah kedua-dua golongan itu sama keadaannya, maka tidakkah kamu mengambil peringatan. "


 

Orang-orang yang beriman, mereka menyerahkan kehidupannya hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada selain daripada Allah. Mereka lebih mementingkan keredhaan Allah daripada bermewah-mewah dengan kehidupan dunia, menjaga solat melakukannya dengan khusyuk, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tidak berguna, menafkahkan harta mereka ke jalan Allah, menjaga kemaluan atau kehormatan daripada berbuat kemungkaran, tidak melampaui batas dalam bertindak dan mereka juga sentiasa menjaga amanah. Begitu juga sebaliknya bagi yang ingkar dan maksiat, mereka berpegang teguh dengan tali syaitan yang menguasai dalam kehidupan mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:


Maksudnya: "
Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi. "

Musuh Allah SWT iaitu syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ke lembah maksiat iaitu dengan lisan ataupun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam neraka. Sayidina Mu'adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda, "Hendaklah kamu menjaga ini ". Selanjutnya Baginda bersabda, "Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita perkatakan."

Tiada ulasan:

Catatan Popular